20 Venue Garden Wedding Paling Cantik di Malaysia
Idea dan nasihat

20 Venue Garden Wedding Paling Cantik di Malaysia

HelloKahwin · Dikemas kini 12 Januari 2026 · 10 min bacaan

Kongsi artikel iniWhatsApp

Jika anda mengimpikan majlis perkahwinan yang dikelilingi kehijauan, alunan bunyi burung, dan panorama semula jadi yang menenangkan, konsep garden wedding adalah pilihan terbaik. 

Malaysia mempunyai pelbagai lokasi menarik yang bukan sahaja indah secara visual, tetapi juga lengkap dengan kemudahan moden dan suasana eksklusif. 

Berikut ialah 20 venue garden wedding paling cantik di Malaysia untuk meraikan cinta anda dengan penuh magis.

1. The Waterway Villa, Pahang

SOURCE: The Waterway Villa

Terletak di tengah hutan hujan Bentong, The WaterWay Villa menawarkan pengalaman Garden Wedding sebenar dengan suasana damai dan pemandangan menghijau.

Dikelilingi bukit menghijau dan flora tropika, villa ini menjanjikan suasana romantik yang seolah-olah terpisah dari dunia luar. 

Pasangan boleh melangsungkan akad nikah atau resepsi di tepi sungai sambil menikmati bunyi alam semula jadi.

Villa yang tersorok di kawasan bukit ini memberikan suasana peribadi dan romantik sesuai untuk majlis kecil yang penuh kehangatan.

2. Aman Rimba Private Estate, Pahang

sOURCE: Aman Rimba Private Estate

Hanya 50 minit dari Kuala Lumpur, Aman Rimba membawa konsep kampung tradisional Melayu ke tahap eksklusif. Terletak di tepi Sungai Benus dengan udara sejuk dan dikelilingi pokok hijau, tempat ini sesuai untuk Garden Wedding gaya desa mewah.

Dengan enam villa yang boleh memuatkan hingga 40 tetamu, Aman Rimba memadukan seni bina Melayu tradisional dengan kemewahan moden. Dihiasi taman tropika dan ruang komuniti yang luas, ia sesuai untuk majlis akad nikah, resepsi, atau percutian keluarga selepas majlis. 

Pengalaman perkahwinan di sini terasa seperti berada di kampung eksklusif, tenang, autentik, dan penuh pesona.

3. Puncak Rimba, Pahang

SOURCE: Puncak Rimba

Terkenal selepas menjadi lokasi perkahwinan penyanyi Yuna dan Adam Sinclair, Puncak Rimba di Bentong ialah sebuah estate seluas 12 ekar yang memukau. Ia menampilkan tujuh villa berinspirasikan seni bina Jawa dan Kelantan, menjadikannya lokasi ideal untuk “forest wedding” bertemakan alam.

Pasangan boleh memilih lokasi seperti Keshar River untuk majlis kecil yang intim, atau Kuno Field untuk majlis besar dengan kapasiti 250 tetamu. Pemandangan hutan tropika di sini pasti menjadikan foto perkahwinan anda seperti dari filem romantik.

4. Forest Valley Hall, Selangor

source: 12 Affordable Wedding Venues in KL & Selangor

Forest Valley Hall ialah antara venue Garden Wedding paling popular di Selangor. Terletak tidak jauh dari bandar, ia menggabungkan reka bentuk moden dan keindahan alam semula jadi.

Ruang utamanya ialah dewan kaca berkubah tinggi yang membenarkan cahaya semula jadi menerangi ruang dalaman. Bahagian altar atau pelamin akan tampak menakjubkan di bawah sinaran matahari semula jadi. Selain dewan tertutup, terdapat juga kawasan taman terbuka yang sesuai untuk resepsi outdoor.

Gabungan hijau tropika dan seni bina moden menjadikan Forest Valley Hall lokasi ideal untuk pengantin moden yang sukakan gaya ringkas tetapi elegan.

5. Sunlight Suites, Pahang

Source: A Refreshing Forest Wedding at Cameron Highlands

Dahulu dikenali sebagai Jim Thompson Cottage, Sunlight Suites memberikan suasana seperti Garden Wedding di Eropah dengan udara sejuk dan taman berbunga.

Terdiri daripada tiga bangunan utama Moonlight Bungalow, Starlight Rooms, dan Sunlight Bungalow. Untuk majlis di bawah 50 tetamu, pasangan perlu menempah Moonlight dan Sunlight Bungalow selama dua malam. 

Manakala untuk 50–100 tetamu, Starlight Rooms juga perlu ditempah kerana ruang parkir terhad. Suasananya klasik, romantik dan sangat sesuai untuk majlis perkahwinan kecil yang eksklusif.

Walaupun berfungsi hanya sebagai ruang acara, pihak pengurusan menyediakan bantuan vendor untuk katering, pencahayaan dan dekorasi menjadikannya tempat ideal bagi pasangan yang inginkan majlis kecil yang elegan di tengah alam.

Suasana sejuk, taman berbunga dan pemandangan hijau menjadikan majlis perkahwinan di sini terasa seperti di Eropah.

6. Boathouse Ampang, Selangor

source: Boathouse Ampang

Untuk pasangan yang mahu rustic garden wedding di tengah bandar, Boathouse Ampang ialah lokasi yang sempurna.

Ia menampilkan dua ruang utama iaitu Glass House dan Dome Venue, sesuai untuk majlis kecil mahupun besar.

Dengan rekaan kolonial dan pemandangan tasik yang memukau, suasananya romantik dan tenang.

Sama ada majlis akad nikah, resepsi kecil atau ROM, suasana Boathouse yang tenang dan berlatar belakang tasik menjadikan ia salah satu lokasi garden wedding paling romantik di Lembah Klang.

7. Cove 55, Sarawak

Source: Henry Golding and Liv Lo Breezy, Laid-Back Wedding in Cove 55, Kuching

Cove 55 merupakan lokasi Garden Wedding paling eksklusif di Malaysia Timur.

Tempat ini menjadi terkenal selepas pelakon Henry Golding dan Liv Lo melangsungkan perkahwinan mereka di sini.  Terletak di kaki Gunung Santubong, ia menawarkan pemandangan terus ke Laut China Selatan.

Dengan 13 villa mewah dan dewan moden Sera Hall (kapasiti 200 tetamu), anda boleh memilih sama ada majlis di tepi laut atau di atas pavilion air. Majlis resepsi di Overwater Pavilion dengan latar laut dan langit senja menjadikan pengalaman perkahwinan anda luar biasa indah.

8. A-Park, Selangor

Source: a-park

A-Park merupakan antara lokasi Garden Wedding yang sangat popular di Lembah Klang.

Tempat ini mempunyai taman luas, tasik kecil dan jambatan kayu yang memberi sentuhan romantik semula jadi.

Pasangan boleh memilih pakej mengikut saiz tetamu dan menyesuaikan konsep majlis mengikut citarasa sendiri sama ada moden, bohemian, atau rustic.

Setiap sudut di A-Park sangat fotogenik, menjadikannya pilihan kegemaran jurufoto perkahwinan.

9. Glasshouse, Seputeh KL

source: glasshouse at seputeh

Glasshouse di Seputeh KL ialah destinasi popular bagi pasangan moden yang ingin menggabungkan elemen urban elegance dan garden vibe. Reka bentuk dinding kaca dari lantai ke siling membenarkan cahaya semula jadi masuk pada siang hari dan memberikan suasana romantik dengan pencahayaan lembut pada malam hari.

Venue ini mempunyai beberapa ruang seperti Grand Court, Rooftop, dan Lawn, sesuai untuk majlis penuh termasuk ROM, resepsi, dan after-party. Kapasiti sehingga 200 tetamu menjadikannya tempat ideal bagi majlis elegan dan bergaya.

Pada waktu malam, pencahayaan lembut dan hiasan bunga segar menjadikan suasana seperti taman rahsia di tengah kota.

Ia sesuai untuk majlis akad nikah, resepsi hingga ke after-party, semuanya dalam satu lokasi elegan yang sangat “Instagram-worthy”.

10. Pulai Spring Resort, Johor

sOURCE: Luscious Green And Blush Rustic Garden Wedding At Pulai Spring Resort Johor

Pulai Spring Resort sudah lama menjadi pilihan pasangan Johor untuk majlis perkahwinan gaya taman dengan perkhidmatan lengkap dan kemudahan bertaraf hotel lima bintang.

Resort ini boleh menampung lebih 500 tetamu dengan pakej lengkap termasuk penginapan pengantin, sistem PA, kek dummy, menara champagne, dan buggy berhias.

Suasananya hijau dan luas, sesuai untuk majlis besar yang meriah. Pulai Spring Resort kekal antara lokasi garden wedding paling cantik di Malaysia untuk meraikan hari bahagia anda.

11. Kebun Rimba Janda Baik

sOURCE: A Rustic Wedding with Old-World Charm at Kebun Rimba, Janda Baik

Kebun Rimba Janda Baik ialah antara lokasi garden wedding paling cantik di Malaysia. Terletak di kawasan hijau seluas 100 ekar, tempat ini menyerupai kampung Melayu moden yang dikelilingi hutan tropika dan sungai yang mengalir tenang.

Tiga lokasi utama boleh dipilih untuk majlis iaitu The Anjung (ruang dalaman mewah untuk 200 tetamu), Sunset Cabana (tepi kolam yang romantik untuk majlis senja) dan Meditation Deck (dek terbuka dengan pemandangan lembah). 

Dengan enam buah rumah kampung yang mampu menampung 40 tetamu, pasangan boleh menikmati pengalaman menginap seperti di “village resort”.

Tempat ini sesuai bagi pasangan yang inginkan majlis garden wedding santai, eksklusif dan dikelilingi suasana kampung yang damai.

12. Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC)

image: zach chin

Bagi pasangan yang mahukan majlis dalam suasana elegan di tengah bandar, KLGCC ialah pilihan terbaik. Dikelilingi padang golf yang luas dan landskap teratur, ia memberi latar belakang semula jadi yang cantik untuk garden wedding bertaraf premium.

KLGCC menyediakan pelbagai ruang terbuka untuk majlis akad nikah, resepsi mahupun sesi fotografi romantik. Dengan pakej katering fleksibel yang menawarkan hidangan tempatan dan antarabangsa, setiap hidangan disajikan dalam suasana bertaraf lima bintang. Ruang parkir yang luas dan kemudahan lengkap memastikan keselesaan tetamu.

Gabungan kemewahan moden dan keindahan alam menjadikan Garden Wedding di KLGCC bukan sekadar majlis, tetapi simbol kemegahan dan citarasa tinggi pasangan pengantin.

13. Tiarasa Escape

Source: A Beautiful Tiarasa Escape Wedding Celebration

Terletak di tengah hutan hijau, Tiarasa Escape memberi pengalaman garden wedding dalam suasana alam semula jadi sebenar. Kawasan ini sesuai untuk majlis kecil dan intim, dengan pemandangan hutan, sungai dan udara sejuk yang menyamankan.

Upacara perkahwinan boleh diadakan di kawasan lapang berhampiran sungai atau di bawah pohon besar yang menaungi ruang majlis.

Tempat ini menawarkan penginapan mewah dalam bentuk vila dan glamping chalet untuk 45 tetamu. Walaupun tiada dewan tertutup dan parkir terhad, suasananya cukup menenangkan dan sempurna bagi pasangan yang mahu majlis peribadi dan sederhana tetapi berkesan.

14. Sangkot Place

Source: Sangkot Place
Source: Sangkot Place

Sangkot Place terkenal sebagai lokasi garden wedding yang lengkap dan mudah diurus. Taman yang luas dan landskap menarik menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis majlis, sama ada kecil atau besar.

Pakej perkahwinan untuk 500 tetamu bermula sekitar RM13,000 – RM15,500, termasuk kanopi, meja, kerusi, kek, sistem PA dan RELA. Ia juga menyediakan bilik pengantin, surau dan kawasan katering.

Kelebihan utama Sangkot Place ialah suasana semula jadi dan kemudahan serba lengkap menjadikannya antara tempat paling praktikal dan cantik di Selangor untuk garden wedding.

15. Anantara Desaru Coast Resort & Villas

SOURCE: Anantara Desaru Coast Resort & Villas

Anantara Desaru Coast Resort & Villas ialah lokasi sebuah garden wedding mewah di pesisir pantai Desaru, Johor. Terletak di resort lima bintang dengan 116 bilik, vila dan kediaman berinspirasikan kampung nelayan moden, ia menawarkan suasana tropika yang eksklusif dan menenangkan.

Pasangan boleh memilih untuk melangsungkan majlis di taman hijau, tepi pantai berpasir emas, atau di vila peribadi dengan kolam renang dan servis butler. Setiap ruang boleh disesuaikan mengikut tema sama ada resepsi romantik, makan malam pantai atau majlis tertutup yang elegan.

Kemudahan lengkap seperti restoran antarabangsa, bar, spa, gim 24 jam dan pengangkutan lapangan terbang turut disediakan.

Dengan pemandangan laut, layanan premium dan suasana tropika yang menawan, Anantara Desaru Coast Resort & Villas ialah pilihan sempurna untuk garden wedding mewah dan berkelas.

16. Jardin Event Venue

Source: Jardin Event Venue

Jardin Event Venue membawa konsep Garden Wedding bergaya “barn rustic” yang moden dan selesa.  Terletak di kawasan tanah tinggi Janda Baik yang sejuk dan nyaman, tempat ini memadukan keindahan semula jadi dengan reka bentuk kayu moden yang elegan.

Ruang Hillview Garden boleh memuatkan 100 tetamu untuk upacara, manakala dewan utama The Barn menampung sehingga 400 tetamu. Sewaan termasuk pentas, vila pengantin, sistem bunyi, parkir dan RELA.

Kelebihan Jardin ialah suasana moden tetapi masih mengekalkan elemen alam semula jadi. Ia sangat sesuai untuk pasangan muda yang mahu majlis garden wedding bergaya simple, kemas dan eksklusif.

17. The Smokehouse, Cameron Highlands

Source: A DIY Garden Wedding at The Smokehouse, Cameron Highlands

The Smokehouse di Cameron Highlands membawa suasana garden wedding ala Inggeris yang menenangkan. Dengan udara sejuk, taman bunga dan seni bina gaya Tudor, ia memberi pengalaman berbeza daripada lokasi lain.

Majlis boleh diadakan di taman terbuka diikuti dengan makan malam di restoran bergaya klasik. Untuk majlis penuh privasi, pasangan perlu menempah semua 22 bilik yang boleh memuatkan 50 tetamu.

Tempat ini juga menawarkan aktiviti tambahan seperti BBQ dan outdoor cinema. Garden Wedding di The Smokehouse memberi sentuhan Eropah yang elegan klasik, hangat dan penuh keintiman.

18. Rama V, Kuala Lumpur

Source: A Tropical Wedding with Refreshing Vibes at Rama V, Kuala Lumpur

Di tengah hiruk-pikuk kota, Rama V ialah oasis tropika untuk pasangan yang mahukan Garden Wedding moden dalam suasana restoran mewah. Dikelilingi taman kecil dan kolam, tempat ini menawarkan gabungan sempurna antara suasana santai dan elegan.

Ruang luarannya mempunyai taman kecil untuk akad nikah atau vow exchange, manakala ruang dalam boleh digunakan untuk resepsi.

Dengan kapasiti 230 tetamu dan dinding kaca tinggi yang menampakkan taman, suasananya moden dan selesa. Restoran ini juga menyediakan sistem PA, projektor dan skrin.

Walaupun ruang parkir agak terhad, makanan yang sedap dan lokasi strategik menjadikan Rama V pilihan ideal untuk pasangan bandar yang mahu majlis ringkas tetapi bergaya.

19. Mutiara Hillhomes, Bentong

Source: Mutiara Hillhomes, Bentong

Terletak kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur, Mutiara Hillhomes menawarkan suasana garden wedding di kawasan perbukitan yang tenang. Dikelilingi pokok hijau dan sungai jernih, ia sesuai untuk majlis bertema semula jadi.

Majlis boleh diadakan di taman Villa 1 (120 tetamu) atau Villa 2 & 3 (200 tetamu). Tempahan keseluruhan vila membolehkan pasangan menggunakan kemudahan penuh seperti kolam renang, dewan makan dan bilik karaoke.

Suasana damai dan udara segar menjadikan Mutiara Hillhomes pilihan ideal untuk pasangan yang mahu majlis garden wedding santai dan eksklusif bersama keluarga dan rakan terdekat.

20. Rowan & Parsley, Johor Bahru

Source: A Cosy Floral Wedding at Rowan & Parsley

Rowan & Parsley ialah restoran bergaya moden yang semakin popular untuk majlis garden wedding kecil di Johor Bahru. Dikelilingi pokok merimbun dan tumbuhan menjalar, ia memberikan suasana “secret garden” yang ringkas dan menarik.

Ruang dalam boleh memuatkan 96 tetamu, manakala kawasan luar menampung 50 lagi. Pakej dekorasi termasuk photobooth, papan tanda dan hiasan meja. Tiada caj sewaan tambahan jika menggunakan katering restoran.

Rowan & Parsley sesuai untuk pasangan yang mahu majlis kecil, moden dan selesa tanpa perlu mengurus terlalu banyak perkara.

Kesimpulan

Daripada kehijauan hutan Pahang hingga ke pantai tropika Sarawak, Malaysia menawarkan pelbagai lokasi garden wedding yang memukau hati.

Sama ada anda mahukan suasana desa tradisional, moden urban, atau tepi laut yang mewah, setiap lokasi dalam senarai ini mampu menjadikan hari bahagia anda sebuah kisah cinta yang kekal dalam memori.

Artikel Lain: